MELAKA: Kerajaan Melaka menyasarkan jualan tiket produk pelancongan dan tempahan bilik hotel bernilai RM10 juta menerusi penganjuran Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka 2022 pada 8 dan 9 Oktober ini.
Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata pameran anjuran MATTA Chapter Melaka dengan kerjasama Tourism Melaka yang akan berlangsung di sebuah pusat beli-belah di Banda Hilir itu turut menyasarkan kedatangan 20,000 pengunjung.
Beliau berkata 29 pempamer dari dalam dan luar Melaka akan menyertai pameran berkenaan termasuk Tourism Pahang dan 52 gerai pameran disediakan bagi mempromosikan produk serta perkhidmatan pelancongan dengan tawaran potongan harga serta pakej percutian menarik.
"Kita berharap penganjuran MATTA Fair Melaka 2022 akan dapat menarik lebih banyak pelancong ke negeri ini selaras dengan sasaran kedatangan 5.6 juta pelancong pada tahun ini.
"Selain itu, kita juga berharap rakyat Malaysia mengambil peluang mendapatkan pakej pelancongan atau percutian pada harga lebih murah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Muhammad Jailani berkata pameran berkenaan akan memberi fokus kepada 14 subsektor pelancongan negeri Melaka iaitu sejarah, budaya, rekreasi, sukan, beli-belah, konvensyen, kesihatan, pendidikan, agro, makan-makan, belia, ekopelancongan, keagamaan dan Melaka: Rumah Kedua.
Beliau berkata pakej pelancongan berkenaan ditawarkan untuk pelancongan berkumpulan atau keluarga selain pakej individu dan tempoh sah laku pakej berkenaan adalah hingga 2024.
"Saya juga ingin menasihatkan orang ramai supaya membeli pakej pelancongan daripada ejen atau agensi pelancongan berlesen atau beli terus pada MATTA Fair yang sering dianjurkan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan," katanya.
Sementara itu, Muhammad Jailani berkata 'Melaka by Sea Carnival 2022' akan berlangsung di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini selama tiga hari bermula 29 Oktober ini.
Beliau berkata pelbagai acara sukan dipertandingkan seperti tarik tali, Muay Thai, panjat tembok, larian ria, kayak dan bola tampar pantai.
"Kita menyasarkan sebanyak 1,200 penyertaan bagi semua acara sukan yang dipertandingkan dan 15,000 pengunjung hadir memeriahkan karnival pantai yang akan menjadi satu daripada acara tahunan pelancongan Melaka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 28 2022
Penganjuran MATTA Fair Melaka 2022 diharap dapat menarik lebih banyak pelancong selaras dengan sasaran kedatangan 5.6 juta pelancong pada tahun ini. - Bernama
Angka korban hujan ribut, banjir di Afghanistan cecah lebih 330
Di wilayah Baghlan saja, lebih 300 maut dan lebih 1,000 kediaman dilaporkan musnah.
Akademi Dalam Industri perkukuh saluran bakat mahir dan keperluan industri
Inisiatif Akademi Dalam Industri berpotensi merubah landskap pasaran buruh negara secara signifikan.
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
MAG tawar diskaun tambang pada MATTA Fair 2024
Malaysia Airlines mempamerkan barisan produk dan perkhidmatannya yang disukai ramai, termasuk perkongsian dengan Manchester United.
Sabah jana jualan pakej pelancongan hampir RM3 juta menerusi pameran MATTA 2024
Pameran MATTA dari 22 hingga 24 Mac lepas menyediakan platform terbaik untuk mempamerkan produk pelancongan Sabah yang pelbagai.
Perak capai jualan RM2 juta sepanjang MATTA Fair
Sebanyak RM2 juta hasil jualan tiket produk pelancongan dan tempahan bilik hotel, telah diraih pada MATTA Fair yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
MATTA Fair: Johor sasar jualan RM8 juta
Pameran MATTA di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin (AICC), Johor Bahru itu dijangka menarik 5,000 hingga 8,000 pengunjung.
Bajet 2023: Promosi pelancongan negara perlu libatkan pelbagai pihak
Libat urus ini bukan sahaja hanya melibatkan satu atau dua agensi semata-mata, tetapi perlu lebih menyeluruh membabitkan ramai pihak pelbagai latar belakang.
'Mood' melancong kian rancak, rakyat Malaysia mula rancang percutian hujung tahun
Rakyat Malaysia dilihat sibuk merancang percutian dalam dan luar negara, mungkin bagi meredakan tekanan selepas melihat banyak perkara terjadi di dalam negara.
Fasa peralihan ke endemik: Perak sasar kemasukan 6 juta pelancong domestik - Exco
Kerajaan Perak menyasarkan kemasukan kira-kira 6 juta pelancong domestik ke negeri ini, selepas negara memasuki fasa peralihan ke endemik.
Malaysia Airlines, Firefly lanjutkan tawaran MATTA Fair 2022 dalam talian
Malaysia Airlines Bhd (MAB) dan Firefly Sdn Bhd akan melanjutkan tawaran MATTA Fair 2022 dalam talian dan melalui aplikasi mudah alih.
Malaysia Airlines sasar jualan RM100 juta sempena Matta Fair
Sasaran itu akan didorong jualan daripada destinasi popular seperti London, Australia, Kuching dan Kota Kinabalu.
MATTA Fair 2020 dalam talian satu lonjakan untuk promosi pelancongan
Acara itu akan berlangsung dari 9 hingga 15 September tahun ini dengan kerjasama pelbagai rakan kongsi pelancongan.